Membeli traktor-traktor pertanian untuk disewa pajak kepada ladang-ladang Felcra Berhad di seluruh Negara untuk tempoh 5 tahun. Sistem ini memberi kemudahan kepada ladang- ladang untuk mempunyai jentera dengan tidak mengeluarkan jumlah wang yang banyak sekaligus bagi meningkatkan pengeluaran hasil.

300 unit traktor telah dibeli untuk aktiviti ini dengan pembiayaan daripada Bank Pembangunan dan juga Bank Islam Malaysia Berhad.

Cadangan untuk memperkembangkan kaedah sewa pajak ini kepada pihak luar dengan menyewa pajak 4 unit lori tanker kepada Koperasi/individu.