Pemperosesan kelapa sawit adalah merupakan aktiviti perniagaan utama syarikat melalui Kilang Sawit yang terletak di Batu 12, Jalan Bidor, Teluk Intan, Perak. Kilang ini mempunyai kapasiti memproses sebanyak 30 mt/jam dan unjuran memproses sebanyak 180,000 mt BTS setahun.

 Kilang ini telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2000 daripada Moody International Certification pada tahun 2006 dan masih kekal sehingga kini.

Objektif utama kilang adalah untuk memproses BTS yang dihasilkan oleh ladang-ladang milik peserta-peserta Felcra Berhad yang berhampiran, Estate milik Felcra Berhad, pekebun-pekebun kecil dan juga pembekal-pembekal luar yang berhampiran.

Pada tahun 2009, kilang ini telah memproses sebanyak 50.29% BTS daripada ladang-ladang Felcra Berhad dan 49.71% daripada pekebun kecil dan pembekal-pembekal luar berhampiran.