Informasi Penubuhan

Merupakan syarikat subsidiari milik penuh Felcra Berhad dengan pemprosesan kelapa sawit dan pemasaran minyak sawit mentah sebagai teras utama perniagaan syarikat. Ditubuhkan pada 15 November 1975 di bawah akta syarikat 1964 sebagai sebuah syarikat sendirian berhad dengan nama asal Syarikat Pertanian Kilang Kelapa Sawit Sdn Bhd oleh sekumpulan pelabur tempatan dengan modal berbayar RM3.73 juta dan modal dibenarkan RM 5.0 juta. Diambilalih oleh Felcra Berhad pada 13 Ogos 1999 dan pada 7 Februari 2002 syarikat telah menukar nama kepada Felcra Processing & Engineering Sdn Bhd. Mengembangkan aktiviti perniagaan dengan menceburi bidang perkhidmatan kejuruteraan dan bekalan malah pengangkutan dan sewaan yang berkaitan dengan industri sawit.

 Hala Tuju FPESB

 Visi

– Menjadi Organisasi Berteraskan Industri Sawit Yang Berdaya Saing.


Misi

– Memastikan Supaya Syarikat Terus Berkembang Serta Berperanan Sebagai Penyumbang Utama Dalam Kumpulan Felcra Berhad.

– Komited Dalam Pemprosesan Dan Perkhidmatan Kejuruteraan Secara Professional.

– Mengembangkan Perniagaan Sediada Dan Meneroka Bidang Perniagaan Baru Huluan Dan Hiliran.