Mengenai Kami

Selamat Datang ke Laman Rasmi Felcra Processing & Engineering Sdn Bhd.

Syarikat Subsidiari Milik FELCRA Berhad

Ditubuhkan pada 15 November 1975 di bawah akta syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Sendirian Berhad dengan nama asal Syarikat Pertanian Kilang Kelapa Sawit Sdn. Bhd. oleh sekumpulan pelabur tempatan dengan modal berbayar RM 3.37 juta dan modal dibenarkan RM 5.0 juta.

Diambil alih oleh FELCRA Berhad pada 13 Ogos 1999 dan pada 7 Februari 2002 syarikat telah menukar nama kepada FELCRA Processing & Engineering Sdn. Bhd.Sejajar dengan hasrat dan visi dan misinya, kini FELCRA Processing & Engineering Sdn. Bhd. telah mengembangkan aktiviti perniagaan dengan menceburi bidang perkhidmatan kejuruteraan dan bekalan malah pengangkutan dan sewaan yang berkaitan dengan industri sawit.